KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pelaburan sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM116 juta kepada sebuah syarikat yang melakukan aktiviti pasaran modal tanpa lesen.
Syaiful Riezal Ahmad, 51, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Mengikut pertuduhan, Syaiful Riezal didakwa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Infinity Trustee Berhad telah memindahkan wang berjumlah keseluruhan RM116,292,904.15 dari akaun semasa Affin Bank dan Alliance Bank Berhad milik syarikat itu ke akaun semasa CIMB bank milik syarikat Pixelvest Sdn Bhd
Ia bagi melanjutkan perlakuan salah oleh Pixelvest Sdn Bhd yang telah menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu pengurusan kumpulan wang, sedangkan syarikat itu (Pixelvest) bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad Cawangan PJ State di Petaling Jaya antara 1 Dis 2020 dan 28 Julai 2022 dan di Alliance Bank Malaysia Berhad Cawangan SS2, Petaling Jaya antara 12 Ogos 2022 dan 11 Okt 2022.
Pertuduhan mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama dengan perenggan 370(b) dan subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 58(4) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Di mahkamah sama, bekas pengarah syarikat Pixelvest Sdn Bhd, Ang Jen Chuen, 33, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu pengurusan kumpulan wang sedangkan syarikat tersebut bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Emporis SOHO, Taman Sains Selangor di Petaling Jaya, antara 15 Dis 2020 dan 15 Julai 2022 mengikut subseksyen yang sama.
Mahkamah membenarkan Syaiful Riezal diikat jamin RM100,000 manakala Ang diikat jamin RM10,000, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan bagi kedua-dua kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC) Muhammad Izzat Fauzan manakala Syaiful Riezal diwakili peguam Md Yunos Shariff dan Ang tidak diwakili peguam.
Pada 10 Jan lepas, Syaiful Riezal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram membabitkan lebih RM2 juta manakala Ang didakwa atas lapan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM116 juta.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang lagi bekas pengarah syarikat Pixelvest Sdn Bhd, Chin Wai Lan, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu pengurusan kumpulan wang, sedangkan syarikat tersebut bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Emporis SOHO, Taman Sains Selangor di Petaling Jaya antara 15 Julai 2022 dan 31 Ogos 2022 mengikut subseksyen sama.
Muhammad Izzat menawarkan jaminan RM250,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SC sebulan sekali manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili Chin memohon mahkamah mengguna pakai jaminan yang dikenakan terhadap anak guamnya sebelum ini.
Hakim Azrul Darus menolak permohonan Tan dan menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Chin serta membenarkan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.
Pada 11 Jan lepas, Chin didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM160 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Syaiful Riezal Ahmad, 51, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. - Gambar hiasan
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Bekas CEO didenda RM30,000, penjara sehari mengaku tiga pertuduhan menipu
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak
Bekas CEO sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyalah guna kuasa melantik anak perempuannya bekerja di agensi berkenaan.
SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta
Pasangan berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.
Bekas CEO FIC ditahan SPRM
Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.